TAUBAT NASUHA :
taubat yang diperintahkan agar dilakukan oleh kaum mu'minin adalah taubat
nasuha (yang semurni-murninya) seperti disebut dalam Al Quran:
"Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya." QS. at-Tahrim: 8
"Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya." QS. at-Tahrim: 8
Al-Hafizh Ibnu Katsir berkata dalam kitab
tafsirnya: "ertinya adalah, taubat yang sebenarnya dengan sepenuh hati,
akan menghapus keburukan-keburukan yang dilakukan sebelumnya, mengembalikan
keaslian jiwa orang yang bertaubat, serta menghapus keburukan-keburukan yang
dilakukannya."
Sedangkan nasuha adalah redaksi hiperbolik dari
kata nashiih. Seperti kata syakuur dan shabuur, sebagai bentuk hiperbolik dari
syakir dan shabir. Dan terma "n-sh-h" dalam bahasa Arab bermakna:
bersih.
Dikatakan dalam bahasa Arab: "nashaha al
'asal" jika madu itu murni, tidak mengandung campuran. Sedangkan
kesungguhan dalam bertaubat adalah seperti kesungguhan dalam beribadah. Dan
dalam bermusyawarah, an-nush itu bermakna: membersihkannya dari penipuan,
kekurangan dan kerosakan, dan menjaganya dalam kondisi yang paling sempurna. An
nush-h (asli) adalah lawan kata al-gisysy-(palsu).
Pendapat Golongan Salaf
Pendapat kalangan salaf berbeza-beza dalam
mendefinisikan hakikat taubat nasuha itu. Hingga Imam Al Qurthubi dalam
tafsinrya menyebut ada dua puluh tiga pendapat. (Lihat: Tafsir al Qurthubi ayat
ke delapan dari surah at Tahrim). Namun sebenarnya pengertian aslinya hanyalah
satu, tetapi masing-masing orang mengungkapkan pandangan masing-masing, atau
juga dengan melihat suatu unsur atau lainnya.
Ibnu Jarir, Ibnu Katsir dan Ibnu Qayyim menyebutkan dari Umar, Ibnu Mas'ud serta Ubay bin Ka'ab r.a. bahawa pengertian taubat nasuha: adalah seseorang yang bertaubat dari dosanya dan ia tidak melakukan dosa itu lagi, seperti susu tidak kembali ke payudara haiwan.

Ahmad meriwayatkan dari Ibnu Mas'ud dengan marfu': taubat
dari dosa adalah: ia bertaubat darinya (suatu dosa itu) kemudian ia tidak
mengulanginya lagi." Sanadnya adalah dha'if. Dan mauquf lebih tepat,
seperti dikatakan oleh Ibnu Katsir.
Hasan Al Bashri berkata: taubat adalah jika seorang hamba menyesal
akan perbuatannya pada masa lalu, serta berjanji untuk tidak mengulanginya.
Al Kulabi berkata: Iaitu agar
meminta keampunan dengan lidah, menyesal dengan hatinya, serta menjaga tubuhnya
untuk tidak melakukannnya lagi.
Sa'id bin Musayyab berkata: taubat nasuha adalah: agar engkau menasihati diri kalian sendiri.
Kelompok pertama menjadikan kata nasuha itu dengan makna maf'ul (objek) iaitu orang yang bertaubat itu bersih dan tidak tercemari kotoran. Maknanya adalah, ia dibersihkan, seperti kata 'raquubah' dan 'haluubah' yang bererti dikenderai dan diperah. Atau juga dengan makna fa'il (subjek), yang bermakna: yang menasihati, seperti 'khaalisah' dan 'shaadiqah'.
Muhammad bin Ka'b al Qurazhi berkata: taubat itu diungkapkan oleh empat hal: beristighfar dengan lidah, melepaskannya dari tubuh, berjanji dalam hati untuk tidak mengerjakannya kembali, serta meninggalkan kawan-kawan yang buruk perangai.
(Madaarij Saalikiin : 1/ 309, 310. Cetakan As Sunnah Al Muhammadiyyah, dengan tahqiq Syaikh Muhammad Hamid al Faqi. Dan tafsir Ibnu Katsir : 4/ 391, 392).

Syarat Sah Taubat Nasuha
Manusia sentiasa melakukan kesalahan dan kesilapan
(dosa). Oleh itu Islam memberi peluang untuk memohon ampun dan bertaubat kepada
Allah. Taubat nasuha adalah taubat yang sebenar-benar taubat. Taubat nasuha
ialah taubat yang mengandungi ciri-ciri berikut:
1. Menyesal di atas dosa yang dilakukan dengan penuh
penyesalan dan mengalir air mata. Sekiranya ia bersangkutan dengan manusia,
maka hendaklah memohon maaf daripadanya. Jika ia berbentuk benda, hendaklah
dikembalikan kepada tuannya.
2. Berazam tidak akan mengulanginya lagi.
3. Memohon taubat dari Allah.
4. Beristiqamah untuk beramal soleh.
5. Mengerjakan Sholat Sunnah Taubat
Berhenti melakukan dosa maksudnya hendaklah taubat
dilakukan setelah meninggalkan dosa. Orang yang selalu curang dalam berniaga
misalnya, sama ada curang kerana mengurangi timbangan, menjual barangan palsu
dan sebagainya, maka hendaklah dia hentikan dahulu perbuatan curang itu
kemudian baru bertaubat. Ramai orang yang curang atau menipu dalam perniagaan
berulangkali menyatakan taubat tetapi dia tidak meninggalkan perbuatannya.
Misalnya setiap selesai solat dia mengucap istighfar berulangkali kemudian
berkata dalam bahasanya sendiri: "Ya Allah ampunilah dosaku." Taubat
seperti itu tidak sah.
Begitu jugalah dosa-dosa lainnya yang terdiri dari
berzina, meminum arak, mencuri, berjudi, memakan riba dan sebagainya. Mesti
ditinggalkan dahulu perbuatan dosa itu kemudian barulah bertaubat. Bahkan tidak
cukup dengan meninggalkan satu jenis dosa saja. Misalnya dia tinggalkan dosa
menipu dalam perniagaan dan dia teruskan dosa-dosa lain seperti yang disebutkan
di atas.
Menyesal telah melakukan dosa maksudnya hendaklah
timbul rasa penyesalan dalam hatinya. Ada juga dosa yang menjadi kebanggaan
bagi sesetengah orang, misalnya dosa minum arak dan main perempuan. Ada orang
yang banyak main perempuan semasa mudanya berkata dalam hatinya setelah dia
berkahwin atau setelah tua: "Nasib baiklah aku puaskan semasa
mudaku." Terkadang orang yang berfikir seperti itu mengaku dia sudah bertaubat.
Katanya dia sudah bertaubat tetapi hatinya mengatakan begitu dan bukan
menyesal. Kalau tidak timbul rasa penyesalan bererti taubatnya tidak sah.
Terkadang dia menceritakan pula kepada orang lain. Kalau dia cerita kepada
orang lain bukan hanya dosa lama tidak terampun, bahkan timbul pula dosa baru.
Dia mendapat dosa jika menceritakannya kepada orang lain.
Berazam tidak melakukannya lagi untuk selamanya
maksudnya hendaklah diputuskan dalam hati tidak akan mengulanginya lagi. Kalau
hatinya masih separuh-separuh, tidak sah taubatnya. Misalnya dia berkata,
"Ya Allah, ampunilah dosaku berzina itu" Tetapi hatinya masih ingin
melakukannya. Taubat seperti ini tidak sah. Ini sama juga dengan yang
sebelumnya, iaitu berazam untuk tidak kembali melakukan semua jenis dosa. Tidak
boleh berazam untuk tidak mengulangi menipu pelanggan tetapi masih ingin main
perempuan.
Apakah taubat seseorang itu sah atau tidak, apakah termasuk taubat nasuha atau taubat pura-pura, hanya Allah yang dapat menentukannya. Allah tidak dapat ditipu kerana Dia tahu apa yang ada dalam hati manusia.

Apakah seseorang itu betul menyesal atau tidak,
apakah dia betul berazam tidak akan melakukannya lagi, hanya orang yang
bertaubat itu yang tahu. Dan yang pasti Allah pun tahu. Biasanya kalau
seseorang itu betul-betul menyesal, akan timbul kesannya kepada orang yang
bertaubat. Orang yang betul menyesal sudah pasti disusuli dengan linangan air
mata. Orang yang menyesal biasanya akan berubah sikapnya. Orang yang menyesal
akan berubah tutur katanya, cara berpakaiannya, amalannya, pergaulannya dan
sebagainya.
Meninggalkan Perbuatan Dosa
Meninggalkan Perbuatan Dosa
Cara-cara untuk meninggalkan tabiat yang buruk dan
bertentangan dengan fitrah Islam adalah dengan bertaubat, berzikir dan sentiasa
melakukan ibadat-ibadat yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT
kerana ketenangan yang hakiki dari kacamata Islam adalah hati yang sentiasa
mengingati Allah SWT. Dan ketengan yang didapati dengan cara maksiat seperti
melakukan onani, menonton filem lucah dan lain-lain maksiat merupakan satu
kesalahan penyelewengan dari syariat Islam.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar